Tuesday, April 4, 2017

Sisiran tasik trail- jejak kedua

Sesi kali ini berlangsung pada sebelah petang. Sebab pagi hujan...

Sekitar jam 6ptg kami mula kayuh dari parkir kereta sebuah taman yang saya tak jumpa namanya di googlemap.. iaitu tak jauh dari jambatan Putra. Destinasi kayuhan kami ialah monumen alaf baru iaitu dalam anggaran 3.5km. Hampir sama jarak dengan jarak kayuhan minggu lepas.

bila dah kayuh sampai nampak Jambatan Putra tu rupanya jalannya curam turun bukit menuju ke bawah jambatan. Maka berhentilah Nazirah dan mylady dan myself jalan pimpin basikal sama2 sebab nazirah belum pandai main brake lagi.. jalan riadah kat sini pun tiada pagar langsung.. kalau anak baru pandai main basikal elok jangan ambil risiko. Amir dah sampai bawah jambatan.


meneruskan kayuhan dari bawah Jambatan Putra memasukki Anjung Floria Putrajaya yang sangat happening. Kami masuk ke Anjung Floria dengan disambut dengan aktiviti mini train, lepas tu lalu aktiviti main belon buih besar yg buat nazirah berhenti mengayuh... sepanjang jalan ada kipas comel berwarna warni.. lepas berhenti beberapa kali disebabkan ramai orang dan kanak2 comel melintas laluan kami di anjung Floria kami pun melintasi masjid Besi dan akhirnya terpaksa berhenti di Umai cafe iaitu dalam 100m lagi nak smpai ke Monumen alaf baru.

melintasi masjid besi, menuju ke monumen alaf baru... mylady and mygegirl in pink ari ni..

 myboy Amir dengan perangai remaja alaf baru dia.. berada jauh di hadapan meninggalkan famili... 

terpaksa berhenti di jambatan pejalan kaki di Umai cafe. Area ni biasanya memang ramai orang- tambahan pula petang ahad nan riang maka sesak lah sisiran tasik trail di sini. Laluan menuju ke Monumen alaf baru agak sesak dengan pedastrian dan cyclist dewasa. Nazirah pula belum pandai manuver lagi maka dengan itu anggap je lah yang kita dah sampai destinasi hari ini... Monumen alaf baru dah nampak tersergam dalam 100m je dari lokasi hentian kami. Lalu kami sekeluarga pun berpatah balik.

laluan patah balik kembali melintasi Anjung Floria... laluan penuh godaan buat mylittle Nazirah

laluan ini paling menghibur hati...

Sesi cycling ditamatkan dengan kayuh terus ke playground dan lepak di situ kejap- 5 minit je. just nak bagi Nazirah enjoy playground tu. jam 7:05 kami pun kayuh ke parkir letaknya kereta kami dan terus pulang.

hari kami sekeluarga kayuh 7km lagi

Sesi seterusnya ialah kayuhan sejauh 4.5 km yang akan melengkapkan jejak kami ke atas Sisiran Tasik Trail. Harap dapat kayuh pada sebelah pagi minggu depan..

Myson Amir dont do sport- like BIG TIME- just like me n mylady which actually he got it from us obviously 😝... even ajak dia join cycling ni pun dia bagi muka kelat je.. tapi akhirnya dia enjoy juga sesi cycling keluarga ini... oh myboy..

No comments:

Post a Comment