Kami berdua bercadang untuk pusing habis terus Sisiran Tasik Putrajaya trail ni. 12km bebeh! Landing pesawat pengangkut basikal di parkir sayap Selatan Masjid besi dan kami mengayuh menuju ke utara untuk melakukan penaklukan mengikut arah pusingan jam keatas 'denai' yang mengelilingi perimeter pulau utama Putrajaya ini.
Gambar kurang... tapi mula mencuba-cuba buat vlog kunun... ahaha jom!
Buat masa ni shoot pakai kamera phone je... tak ingat berapa resolution (ingat masa nak beli je 2 tahun lepas) asal boleh shooting ada visual ada bunyi... nah bedal. ini vlog pertama saya which is my debut to the netizen la ni haha... sila tekan untuk tonton. tak nak view pun takpe saya tak kecik ati.. menangis di birai katil je... ahaha..
Hari ni tak ramai cyclist turun jika dibandingkan dengan 1st time kami menjejak trail ini...
Yup memang trail masuk ke Taman Wawasan. Tak pasti boleh masuk dari trail Sisiran Tasik ni... nampak macam boleh. lain kali kami cuba try test...
Masa ni bila ditanya mylady tu... tak rasa apa lagi... sekali nak berenti minum -hek eley... :P
Saya cuba untuk merakam setiap kali masuk ke kawasan landskap yang berlainan namun gagal.. sebab saya leka dalam keterujaan berbasikal bersama sidia tercinta...
Next... kami akan kayuh tempat lain pula... tapi kami akan kembali ke sini balik sebab trail ni menarik di sepanjang 12km tu kita akan melalui rekaan landskap dan terrain contour yang berlainan membuatkan sesi kayuhan sangat menghiburkan.
vlog tu... bedal la haha...
No comments:
Post a Comment