Sunday, April 23, 2017

sisiran tasik trail -jejak ketiga

Ahad. jejak ketiga ini merupakan 'final portion of the map' buat kami sekeluarga. Denai sejauh 9km melengkapkan jejak kami ke atas Sisiran Tasik Trail.Namun sesi kali ketiga ini berlangsung 3 minggu selepas sesi kali kedua sebelum ini sebab me and mylady demam. minggu pertama saya demam next weekend pulak mylady demam.

Sesi kali ini juga sebenarnya tidak berlaku pada hari ini tetapi sepatutnya pada hari esok pada sebelah petang atau pagi sebab sepatutnya kami berada di kampung hari ini. Tetapi sistem aircond kereta utama kami tidak berfungsi dengan optimum (tak sejuk). Dan berita sedihnya ia adalah kerosakan kritikal dan kena hantar ke bengkel segera dan ia akan ditinggalkan di sana untuk beberapa hari yang dijangka akan mencecah lebih 3 minggu! adoi doi... sakitnya tu di sini...

Ok.. return to topic. Kami landing pesawat pengangkut basikal kami di parkir letak kereta yg sama dengan sesi kedua iaitu di parkir kereta taman misteri berhampiran dengan jambatan Putra tu. Dari situ kami mengayuh menuju ke timur iaitu arah bertentangan dari dua sesi sebelum ini. Kalau di sesi kedua kami menuju ke bawah jambatan Putra dan anjung Floria, kali ini kami mengayuh menuju ke bawah jambatan perdana dan terus ke blok residen precint 18 yang akan menemukan kami dengan destinasi kami iaitu di Sisiran Tasik Taman Wawasan.

Sekali Nazirah merengek di kilometer ketiga (lebih kurang) iaitu apabila kami memasukki kawasan residen presint 18. Amir pun dah mula menunjukkan simptom-simptom kepenatan. Maka kayuhan menjadi lebih perlahan... Kami sekeluarga terpecah kepada dua kumpulan saya dan Amir sebagai convoi leader, manakala Nazirah and mylady ketinggalan 10 meter di belakang (bajet je) dan rengekkan Nazirah semakin kuat kedengaran.

Lalu saya mengubah setup gear kepada kelajuan tinggi dan mengayuh lebih laju meninggalkan ahli konvoi keluaga saya. Dengan setup ini saya teka anak2 dan mylady akan give-up je terus dan landing je kat mana yang mampu. Tujuan lain ialah untuk melihat berapa jauh lagi destinasi kami. Selepas beberapa tolehan kebelakang destinasi kami mula kelihatan 500meter di hadapan (tekaan rambang) lalu saya memperlahankan kayuhan untuk mengurangkan kepenatan. Akhirnya saya sampai ke destinasi and ready to stop. Untuk kali terakhir saya menoleh ke belakang- Amir? myson Amir is here at our finish line too!

Amir mengayuh mendekati saya... dalam keadaan menangis rupanya. olololo cian myson sorang nih... kami bersama menuju ke arah destinasi kami iaitu di bawah jambatan lebuh Bestari. Apabila berhenti saya ajak Amir duduk dan saya peluk cayang dia... Amir menangis bukan jenis mendayu dayu tu... mukanya merah dan kebasahan sambil tersedak-sedak dalam nafasnya. Selepas ditanya, Amir jatuh rupanya... so dia mengayuh dalam kesakitan dan kepenatan- oh wow itu sangat adventur! selepas saya minum seteguk dua amir pula menghabiskan terus satu botol (gulp) maka bekalan air kami pun habis dan mengharapkan botol kedua yang dibawa mylady.

Lalu kami dua beranak pun mula mengayuh untuk trip balik ke garisan mula. Sebaik saja meninggalkan destinasi kami, mylady and mygegirl dah pun kelihatan 200 meter di hadapan. tak lama kami pun bertemu dan berlakulah sesi lepak lepak sekejap sambil menonton aksi-aksi sedih dalam episod drama Nazirah kali ini hua huaaa...



selepas lepak-lepak dan posing-posing lalu kami pun mengayuh balik menuju ke garisan mula kami.


perjalanan patah balik yang sangat dramatik...


bila dah nampak menara-menara tu adoiii tak sabarnya nak sampai... tapi nazirah punya drama sangat menyentuh perasaan...


menuju ke bawah jambatan Perdana barulah Nazirah bersemangat sebab i n mylady da promote.. sebelah jambatan tu ada playground. dan Nazirah enjoy playground tu sebaik saja tiba di sana.

dengan itu misi menjejak bahagian terakhir Sisiran Tasik trail 4.5km- 9km pun tamat...



No comments:

Post a Comment