Saya bersama aff mylady my isteri dan juga 2 org anak kami Amir dan Nazirah memulakan sesi berbasikal konvoi 4 beranak pada pagi Ahad 26 March 2017- sebab semalamnya Mylady baru beli basikal untuk cukupkan korum.
Oleh kerana ini sesi berbasikal pertama buat kami sekeluarga jadi kita bedal 'easy trail' dulu ye. Pelan besar kami ialah untuk menjejak semua laluan basikal Putrajaya dengan dimulakan dengan laluan yang pertama yang dinamakan sebagai 'Sisiran Tasik Trail'. Laluan ini dikategorikan sebagai 'easy trail'. Laluan ini ialah perimeter pulau utama Putrajaya yang sejauh 12km.
Kami bermula dari parkir kereta monumen Alaf baru. Dari situ kayuhan mencari lepak spot untuk bersarapan dulu. Jadi menuju ke utara pulau dan berhenti di waterfront depan KPTM untuk membedal sarapan nasi lemak bungkus yang dibeli di stesen minyak masa ondeway tadi..
lepak spot di waterfront depan KPTM ini terlindung dari sinar mentari pagi yang kian bangkit..
lihat tu saya tersenyum riang dengan suasana redup nan permai..
setelah siap bersarapan, berposing kejap sebelum sambung kayuh
Dari lokasi kami bersarapan itu, kami kayuh sampai sisiran tasik Taman Wawasan kemudian berhenti di sisiran tasik Kementarian Pelajaran. Kalau ikutkan mylady dia nak terus kayuh lagi.. amboi dia punya semangat... semangat basikal baru le tew... Tapi kena berhenti juga sebelum pancit.. cek GPS kami baru cover suku pulau je rupanya.. haha.. iaitu lebih kurang 3.5km dari garis permulaan kami di parkir monumen alaf baru tadi. Masing2 masih bersemangat dan bertenaga utk meneruskan perjalanan tetapi untuk sesi yang pertama ni, kita guna tenaga yang ada untuk kayuhan patah balik sajalah ye. Kita kayuh untuk hepi bersantai rileks minda.. bukan untuk kejar rekod atau buktikan apa-apa ok...
skrinshot henfon mylady ketika kami sampai
di sisiran tasik kawasan Kementerian Pelajaran
Sebagai penutup pos yang pertama ini... dapatlah hari itu kami kayuh sejauh lebih kurang 7 km.
keesokkan harinya mylady merengek sakit lenguh kat kaki... hahaha (ingat ko sorang?😅)
No comments:
Post a Comment